Tuesday 30 December 2014

muhasabah diri...


Sobahul khair..Alhamdulillah..masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara segar pada pagi ini..Allahu..sungguh rindu rasanya suasana pagi yang hening seperti pagi ni...tanpa hujan lebat yang membasahi bumi...sudah beberapa minggu rasanya pagi-pagi saya di pantai timur ni ditemani dengan hujan...sehingga kebasahan saat jasad ini merempit ke tempat kerja..semoga mentari yang menyinar indah pada pagi ini akan terus bersinar untuk hari-hari yang mendatang agar bah kembali reda...aamiin..

okey..agak panjang mukaddimah tadi..huhu...ekceli saya cuma ingin berkongsi coretan oleh salah seorang mangsa banjir yang teruk melanda negeri klate baru-baru ini..coretan itu saya dapat daripada perkongsian sahabat di whatsapp...Sangat terkesan di hati tatkala membaca coretan yang ditulis oleh beliau...sungguh...ianya menginsafkan diri saya yang sering alpa ini...Allahu...pada hari terakhir tahun 2014 ini dan tirai 2015 akan tersingkap tepat jam 12 pagi ini...saya berazam dan menyeru diri saya yang lemah ini agar bangkit menentang hawa nafsu...sesungguhnya dunia tempat untuk kita berpenat-lelah melakukan amal ibadah agar di akhirat sana kita dapat berehat dengan tenang..in shaa Allah...jom sama-sama muhasabah diri setelah membaca catatan ini..


Catatan dari ex classmate Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan

Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini.

BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH.
MUSIBAH INI: pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi kesukaran kerana air mula memenuhi jalanraya..

Esok pagi bermula satu peristiwa...penduduk menjadi panik...semua orang bersimpang siung mencari bekalan..melarikan kereta..kedai runcit dipenuhi dan bersesak untuk mendapatkan bekalan..berpindah ke tempat selamat...saya memerhatikan situasi ...Ya Allah..adakah ini secebis dari gambaran hari kiamat...semua orang hanya mahu menyelamatkan keluarga masing masing..berebut..bertengkar....bekalan elektrik dan  air bersih terputus ALLAH adakah ini ujian atau rehearsal menjelang kiamat...YA Allah adakah musibah ini sebagai peringatan untuk kami...Ya Allah kalamMu  itu benar..hari kiamat itu benar..kanunmu itu benar..syariatMu itu benar..janjiMu benar.tapi kami lalai... . Allah ampuni kami.....berat ujian ini..semasa catatan ini dibuat..hari 4.  Disebalik bacaan laman ws atau telegram  dr rakan rakan yg berbincang tentang menu makanan yang enak enak.. Syukur Kami sekeluarga masih mempunyai bekalan makanan ikan kering...petrol..gas cuma air bersih mungkin akn habis..walaupun kami mengamalkan catuan tapi bagaimana nasib org kampung lain.....mereka tidak bersedia menerima musibah ini...makanan takde....air..susu..dll keperluan asas..nak keluar beli...stok kat kedai berhampiran habis..nak keluar..ke tempat lain ..tak boleh sebab terkepung..cuma harapkan bantuan yang datang...YaAllah ampuni dosa kami...kàmi lalai. 
Untuk sahabah semua.mungkin anda tidak mampu menjiwai catatan diatas...biarkan saya menjadi wakil kepada ujian ini bagi menyampaikan peringatan untuk kita semua..BALIKLAH pada kalam Allah...syariat Allah..hentikanlah maksiat..hentikanlah syubahah...hentikan rasuah dan riba...imbas diri sendiri...tarbiah anak dan isteri...perkasakan ukhwah ummah....moga Allah arrahim..memberi hidayah dan menyelamatkan kita  dunia akhirat...amin.

HIKMAH...
Alhamdullilah..ujian ini membuatkan anak anak saya lebih mengenal erti survival.....kesabaran dan disiplin.
Anak anak memberi kerjasama pada setiap peraturan darurat yg saya keluarkan...antaranya bagi tujuan menjimatkan air bersih mereka tidak dibenarkan mandi...air hanya untuk minum dan qàda hajat serta wuduk sahaja...dah 3 hari mereka tak mandi...hanya dibenarkan gosok gigi sahaja..

Mereka bekerjasama apabila dibenarkan makan nasi sekali saja..dan lauk yg di catu ..umpamanya sebiji telor mata perlu dibahagi dua..ikan kering secubit sorang dan lain  lain. Malam tadi terharu saya bila mendengar mereka beramai ramai membaca alquran surah alkahfi tanpa kehadiran saya..kerana saya pening kepala gara gara cubaan menyedut  petrol dari kereta sebagai bekalan tenaga...Ya Allah syukur atas hikmah ini...dan banyak hikmah yang tak termampu diluahkan...alhamdullilah syukur.

Sekian...
Hadi bin Mahmud
Pasir mas 
2.34am 28 Dis 2014

Catatan tambahan pembaca, 
mereka ini termasuk golongan beruntung kerana telah merasai dan melalui rehearsal dan tarbiah Allah secara terus,,, tapi bg kita yg belum sedar dan belum rasai mungkin tidak dpt mengukur kesabaran dan keyakinan akan kebenaran Allah. Kita masih lalai, berbangga dgn status kita, bangga dgn kekayaan dan kelebihan yg kita ada, sesetengah masih tidak takut utk buat maksiat spt meninggalkan solat, tidak menutup aurat, melihat perkara lucah, dan banyak lagi, MARILAH KITA MUHASABAH DIRI DAN BERTAUBAT,😭😭

Monday 29 December 2014

kasih padaMu ya rasulullah

Assalamualaikum..sobahul khair

pepagi tadi tengah bersiap-siap nak pegi keje..tetiba dapat mesej daripada adik bongsu..."kakak, mende dah tajok lagu hafiz hamidon yang rasul tu??"

Haa..memandangkan sekarang dah masuk bulan rabiul awal..bulan yang penting dalam kalendar hijrah yang mana umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w

so...sebagai menunjukkan tanda cinta kita kepada baginda, jom sama- sama kita berselawat ke atas baginda..Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbohi wabarik  wasallim..

jom sama-sama hayati lagu ni..sangat meruntun kalbu..rindu rasul:(



Lirik Nasyid: Kasih Padamu -Hafiz Hamidun

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
pabila mengenangmu mengalir air mataku


Sunday 28 December 2014

koh koh koh

Salam alaik...

Hoho...terlebih rajin la plak update blog..koh koh koh..opps...macam kenal je sape yang gelak camtu...en.sederhana...sudah 2 minggu rasenya tak bace something klakar tp ada ibrah yang ditulis oleh beliau..dengar cite kampung beliau pon dilanda banjir teruk..Allah...semoga en.sederhana dan semua rakyat klate selamat..

Nk cite pasal ape ni ek..dah melalut pasal en.sederhana yang zuhud plak dah..koh koh koh.

Orait..ekceli sejak keje kat sini, kebosanan yg amat saya rasa...memandangkan sekarang musim cuti sekolah, so tak perlulah saya sediakan radas-radas untuk murid bereksperimen..so, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...eh...cam takde kaitan je..muahaha..ok2..serius...so alang-alang dah bosan tahap gaban ni, saya pon conteng-conteng laa kertas yang ada atas meja ni..selepas google 3D picture...so nilah hasilnya yang tak seberapa...tak boleh challenge en.sederhana punya lukisan lagi ni..en.sederhana sudi tak ajar saya melukis?koh koh koh




farshi turab

Assalamualaikum...sobahul khair..Alhamdulillah..masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas pada hari ni..pepagi td tengah saya bersiap-siap nak pegi keje, tetiba sepupu panggil dan bagitahu ada sorang hamba Allah ni meninggal..kemudian terus saya bukak wsapp famili dan baca komen-komen arwah meninggal kerana menghidap penyakit apendiks...Allah..sesungguhnya mati itu pasti...

Gerun bila memikirkan saat-saat nyawa yg akan direnggut oleh malaikal maut..yang mana setiap hari menjenguk kita 70x sehari semalam...Allahuakbar...apa bekalan yang akan aku bawa untuk menghadapMu Ya Allah..terasa sangat hina diri ini yang sering melakukan dosa jika dibandingkan dengan orang lain...ya Allah...letakkanlah dunia ditanganku...dan letakkan akhirat di hatiku..Allahumakhtimlana bihusnilkhotimah wala takhtim'alaina bisuil khotimah...aamiin..

Saturday 27 December 2014

Salam alaik...Allahu...rindunya nak menconteng-conteng balik blog ni macam zaman campus life dulu
..err..tapi 1st entri ni nak cite pasal apa?
Okeh..memandangkan sekarang ni musim bah melanda di beberapa negeri di Malaysia, so cite pasal banjir la deh..

Pagi tadi sempat saya belek akhbar Harian Metro yg semalam punya..27 Dis 2014...tersentuh baca satu artikel oleh wartawan yg terlibat dalam operasi banjir di Manek Urai Kelantan..wartawan tu cite tanpa sedar air mata dia menitis tatkala melihat keadaan yang dialami oleh mangsa - mangsa banjir kat sana..mereka berebut- rebut nak dapatkan makanan bagi mengalas perut yang sudah berapa hari agaknya tak makan..Allahu..tetiba rasa nak menangis sama..selama ni musibah macam ni hanya dapat dilihat di luar negara,  tapi sekarang...rakyat Malaysia sendiri yang mengalaminya..Ya Allah..Kau berikan ketabahan kepada mereka...saya di sini bermewah-mewah dengan makanan..namun mereka??saya di sini tidur dengan nyenyak tatkala hujan lebat di malam hari..namun mereka runsing memikirkan banjir yang bakal melanda...Allah..Allah..Allah..sesunguhnya musibah yang menimpa pada tahun ini sungguh diluar kemampuan kami Ya Allah..fabiayyialaa irabbikuma tukazziban...terimbas kembali peristiwa tsunami 10 tahun lepas yang melanda beberapa buah negara termasuklah Malaysia..sesungguhnya terlalu banyak peringatan yang Allah telah turunkan kepada kita...tapi...adakah kita mengambil ibrah atas setiap kejadian yang Allah timpakan?oleh itu..ayuh sahabat- sahabat...kita ambil ibrah daripada teguran Allah ini..mulakan lembaran baru dalam kamus hidup kita..ayuh sama-sama kita bangkit menentang hawa nafsu agar kita hidup dalam rahmat dan kasih sayang Allah....in shaa Allah..seru dengan hikmah..in shaa Allah...bahagia dunia akhirat...

*pesan buat diri yang sering alpa:(